Berita Terkini H1N1

Sunday, August 30, 2009

PERMOHONAN SAGUHATI TAHUN 2009

Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjung Malaysia (KEPAIM) melalui Mesyuarat Agung DwiTahunan Kali Ke 5 pada 04hb. Julai, 2009 telah memutuskan untuk memohon kepada pihak pengurusan AIM agar meluluskan pemberian Saguhati Penghargaan sebanyak 2 (dua) Bulan Gaji Pokok dan dengan kadar minima RM 2000 kepada semua pekerja AIM.

Berdasarkan kemampuan dan perkembangan semasa, pengurusan AIM dijangka tidak menghadapi masalah untuk membayar bonus kepada semua kakitangan di atas usaha dan kerja keras yang dilaksanakan dalam usaha peningkatkan produktiviti disamping memastikan kejayaan dan kelangsungan AIM sejajar dengan mottonya "Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi",Insya Allah...

KEPAIM berpendapat saguhati ini , begitu bermakna kepada golongan pekerja khasnya yang berpendapatan rendah bagi dimanafaatkan terutamanya sepanjang Ramadhan dan menjelangnya Syawal. Kemampuan perbelanjaan harian bagi pekerja bawahan tidak dapat ditampung sepenuhnya dengan pendapatan sedia ada memandangkan kenaikan harga barangan di pasaran lebih mendahului dari kenaikan gaji.Lebih2 lagi negara kini dilanda krisis ekonomi. Tanpa suntikan kewangan berupa saguhati kepada pekerja bawahan pastinya persiapan Aidilfitri untuk keluarga tidak dapat disempurnakan dan mungkin kemeriahan beraya di kampung tidaklah semeriah seperti tahun2 sebelumnya.

KEPAIM juga berpendapat agar kadar minima diwujudkan dalam pembayaran saguhati kali ini kerana pekerja bawahan menerima gaji pokok yang kecil dan pemberian tanpa mempunyai nilai minima akan lebih menjurangkan kemampuan berbanding dengan pekerja yang berpendapatan besar.

Akhir kata KEPAIM juga berharap pada Mesyuarat JKE pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini pihak pengurusan akan meluluskan pemberian bonus seperti tahun-tahun sebelumnya.Kpd semua kakitangan marilah kita sama-sama berdoa dibulan yang mulia ini agar pihak pengurusan meluluskan imbuhan bonus.Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Suka Duka Perjalanan Balik Ke KL Slps Mesyuarat Agung DwiTahunan KEPAIM2009

Sekitar Mesyuarat Agung DwiTahunan KEPAIM kali ke 5

Kpd Semua Staff Sila Gunakan Saluran Yang Betul Jika Mempunyai Masalah.............